Sunday, November 1, 2009
Selamat Tinggal Oktober

Penjaga malam KL atas nama global menyambut Holloween akhir Oktober, sedang warga Jerman terkenangkan buih sepanjang Octoberfest. Bagi saya - menulis multi-lingual tapi sangat meminati sastera Melayu - Oktober melabuh tirai menandakan Bulan Bahasa Kebangsaan sudah tiba ke penghujungnya. Dan seperti Holloween dan Octoberfest, setiap usaha promosi dan aktiviti perlu sampai ke khalayak dan disambut masyarakat, hasil kerjasama banyak pihak berwajib dan tidak - walaupun nampak ringkas dan remeh!

Contoh kecil yang besar bagi saya, ketika lazat menjamu hidangan di Medan Selera P8, Putrajaya, terkesan sekali bahawa Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama DBP telah menekap sekeping kad serangkap Pantun pada kebanyakan meja makan - sempena Bulan Bahasa - yang saya rasakan amat cantik sekali - walaupun nampak ringkas dan remeh! Syabas!

{vote} http://www.blog4ft.com/index.php?page=systems/voting&eid=486

Labels: , , ,

posted by hafezinisme @ 4:12 AM  
anything FT. everything FT!


Name: hafezinisme
Home: putrajaya PLapan
About Me: hafezin@gmail.com
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links
Free Blogger Templates