Mari kita raikan Malaysia hari ini! Dalam penerbitan tahunan terbaru kelima Lonely Planet berjudul World's Top Ten Country for 2010 telah mengiktiraf Malaysia bagi sekurangnya dalam 3 kategori utamanya - satu dalam senarai Top Ten menyertai El Salvador, Germany, Greece, Morocco, Nepal, New Zealand, Portugal, Surinam dan USA. Negara ini juga dimuatkan bagi Best Value Destinations for 2010 - termasuk fakta USD7.5 bagi harga 3-course meal dan aksesibiliti AirAsia - selain dalam kategori Top Spots for Medical Adventures dengan ulasan kelakar tapi fakta "Mix procedures with pleasure in Malaysia, another leading destination ... are popular for *reast enhancement surgery that comes with packaged-tour ..". [rumour: Pam Anderson was Made in Malaysia?]
Dalam ulasan Top ten Country, disebut bahawa "Diversity is what Malaysia is all about. From chaotic and modern Kuala Lumpur to near mystical wilds ..". Saya tidak menyelami ayat 'chaotic' itu, tetapi percaya akan kemodenan KL dalam sisi negara membangun serta nilai diversity Malaysia yang sungguh indah. KL masih menjadi pemangkin dan tali pengikat kepada nilai-nilai majmuk Malaysia, rasa saya. Sebab itu apa-apa peristiwa dan sejarah besar akan berlaku dulu di kota ini, diikuti yang lain.
Syabas kepada Malaysia dan Lonely Planet [www.lonelyplanet.com], walau sesekali terkesan bahawa mereka memang jarang mengenengahkan negara ini - pernah diberitakan ada bad blood oleh media UK - tapi segala yang benar itu pasti ada tempatnya, bukan?
Labels: KL life |