Tuesday, November 17, 2009
Dialog IT di FT
Dalam tahun 2006, saya hampir pengsan terkejut apes melihat thumb-drive 10G di Russian Market, Beijing, sedang di Malaysia selesa dengan disket dan kad 256mb. Saya diberitakan situasi masih sama dengan PR China masih mendahului dunia IT, tetapi KL mengekor rapat di belakang. Dan ramai warga Eropah dan jiran Asia ada yang bersetuju harga barangan IT dan kehadiran model terbaru sangat menarik di Malaysia.

          Di FT di mana lagi IT kalau bukan di kawasan Bukit Bintang, atau setepatnya di Low Yatt - berkembang dari bangunan Imbi. Bila teman En Jimi mencari laptop HP 12" baru, saya mengekor ke dua bangunan itu tapi akhirnya selesa di Galeri Cash & Carry IT, di Bangunan AMODA. Tiba-tiba lain pula yang terjadi, tidak disangka-sangka saya yang membeli-belah card-reader MS [RM3], Bluetooth Adaptor [RM10] dan Beg Laptop 10" [RM50] - hanya kerana label CLEAR ITEMS hehe

         Banyak pengetahuan 'tech transfer' dan ilmu niaga saya kutip dalam dialog bersama penjual. Diperturunkan dialog dengan Modul Satu Soalan, tapi diikuti dua jawapan di dua kedai berlainan [nota: Bahasa slanga asal dikekalkan] Ada banyak nilai majmuk, ilmu bantu dan nota kaki jika anda perhatikan...

1.       [Soalan] Saya mau cari bateri tambahan bagi EE PC. Berapa harga? [Jawapan 1] Harga bateri  ori RM400, tapi awak boleh dapat bukan ori cuma RM250 - Jaminan sebulan [Jawapan 2] Tapi bateri tak ori kalau meletup awak jugak yang rugi!

2.       [Soalan] Kalau saya guna anti-virus copy ok tak? [Jawapan 1] Ini monthly jugak ada update. Kalau awak guna tiruan, ada sites mesti block punya! [Jawapan 2] Awak bole masuk ABG maa, itu free saja. Kapersky pun sudah murah untuk 3 users cuma RM89.

3.       [Soalan] Apa model paling lama bateri dia tahan? [Jawapan 1] Ini versi EE baru tahan 10.5 jam, mahal seratus dari model lain. Itu Sony 9 jam [Jawapan 2] Mana orang berapa lama mau taip, lima jam sudah sakit pinggang mau tidor kan? Ini model pun ok...isksik

Labels: ,

posted by hafezinisme @ 3:53 PM  
anything FT. everything FT!


Name: hafezinisme
Home: putrajaya PLapan
About Me: hafezin@gmail.com
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links
Free Blogger Templates