| Sunday, November 29, 2009 |
| Aidul Adha Kampung dan Kota |
Fakta: Hari dalam Islam bermula terbenam matahari, bukan selepas ‘tengah malam’ atau ‘esok pagi’ seperti difikirkan. Jadi takbir dan tahmid bergema selepas Maghrib, dan baju raya yakni baju yang bersih dan tidak semestinya baru, elok juga dipakai kala itu.
Fakta: Bagi bahagian Qurban, seekor lembu bersamaan dengan 7 ekor kambing, manakala Aqiqah dibahagi 7 bahagian.
Fakta: Saya kembali ke SP di Kedah, dan kariah ini menumbangkan 3 ekor lembu. Awal pagi, kami dikejutkan bila seekor kejang berbuih - terkorban awal - bila lehernya terbelit tali lewat malam. Binatang yang cacat, apatah lagi mati, tidak boleh dibuat korban. Alhamduliilah peniaga yang baik tadi menggantikan seekor lembu baru, dan semoga Allah merahmati semuanya. Tiada kerugian bagi manusia yang tahu nilai qurban sebenar…
Di Putrajaya semalam, saya meninggalkan kota awal pagi dan melihat 24 ekor lembu berlegar di padang tapak surau P8 - dan surau p8E juga tidak ketinggalan dengan 7 ekor - sedang tidak seekorpun mengetahui apa bakal terjadi kepada mereka hehe. Inilah kumpulan haiwan qurban terbesar pernah saya lihat, dan terima kasih pada YB Putrajaya yang bermurah hati. Dapat juga semua masyarakat membanting tulang melapah- tanpa darjat 54 atau 17, JUSA atau biasa, korporat tinggi atau kerja sendiri demi untuk yang memerlukan. Dapat juga kanak-kanak di sini - yang jarang-jarang melihat daging dalam bentuk 'hidup' dan 'asal' kecuali di ruangbeku Carrefour Alamanda - melihat sendiri cerita abahemak tentang hidup kampung berjiran haiwan ternakan waktu lama dulu...
Banyak yang saya kira boleh diperhalusi - amalan gotong royong, serentak dengan kehendak agama, lantas menerap sisi mulia Pengorbanan bagi masyarakat. Ritual pasti bukan untuk orang kampung saja, atau yang berada, tapi di kota juga masih kekal berbudaya. Dalam hati saya memikirkan tiada kurangnya amalan gotong royong di kota dengan kampung, dan mungkin di kota juga lebih meriah jika bilangan dan suasana dijadi ukuran. Yang penting, habuan qurban tadi akan sampai kepada warga yang memerlukan, dan moga diterima amalan yang tidak sedikit ini nilainya di sisi Tuhan..
 [pic: my all time fav cow! hehe]
{undi?} Labels: agama+adat, XTVT |
posted by hafezinisme @ 11:22 AM  |
|
|
|
|
|