Wednesday, October 28, 2009
Review: Cuci The Musical, Istana Budaya, 23-8 Nov
Parkir di KL memang ada misteri sendiri. Macam malam ini. Pastinya ia bukan malam pertama tayangan, tapi saya melihat parkir Istana Budaya penuh ke belakang. Selalu penanda aras saya ialah parkir panggung antara paling maju dan indah di dunia itu. Kalau penuh bererti sambutan hebat. Tapi tayangan juga hebatkah?

Malam ini (27 Okt) Cuci The Musical (CTM) bermula dengan prolog intro ringkas padat, dan sampai tamat saya dikesan dengan penggunaan kesan dan program khas latar pentas – bangunan dan awan menjalin mood ‘ketinggian’ yang diceritakan, tata cahaya siang malam yang dirasai harmoni, reka opis yang hebat disederhanakan tanpa menghilangkan pelakon. Sistem tukar set yang tenang dan hidrulik pentas nyata minima tidak menggganggu lancar. Babak dialih dari café atau opis elegan ke ceruk gerai Kg Baru dengan bersahaja, dan fizikal van (selalu saya persoalkan kehadiran kenderaan dalam teater!) tidak menjelikkan langsung kali ini. Keseluruhan, prop kerja, bangunan cakar langit dan kota cosmopolitan ditimbulkan ketara dalam setiap babak sangat kena, sedang sut karier atau santai yang tidak menonjol, tapi tidak pula tenggelam dalam warna-warna tanah yang ketara. Plot suspens atau tenang-joli juga selingan dibina dan diolah baik lambang skrip/arahan yang jitu.

Pelakon? Malas saya perkenalkan. Mungkin ramai kurang bersetuju, tapi peribadi ini adalah himpunan pelakon terhebat sepanjang tahun ini yang mata saksikan. Musikal, pasti jatuh kembali ke aksi penyanyi, tapi kali ini bukan soal Penyanyi Diberi Peluang Berlakon (kategori baru Cannes!). Ia barisan pelakon hebat dengan vokal mantap, dan setiapnya seperti diperkenan watak. Citra kanda-dinda, adik-abang, staf-bos, anak-ayah, sekutu-seteru tidak sekalipun membuatkan mana-mana pelakon terkebelakang dari yang lain. Mungkin ini berbalik kerana mereka sendiri mempunyai kekuatan masing-masing agaknya…

Cerita ini sangat KL sebenarnya, tetapi universal dan bukan terhad ditatap warga kota. Ia limpahan isu paling remeh sepusar kebersihan, IMPIAN dan USAHA, tapi diakhir itu kita boleh menatapnya sebagai hiburan saja, atau pergi jauh sedikit menilai erti sebenar persaudaraan, cinta, tekad, hatta nilai kuasa, rasuah dan wang dibalas karma. Ada sedikit kritik social terpercik, dan ada juga satira disengajakan atas nama humor (Eh tulisannyer Khairy??). Apa-apalah!

CTM agak panjang - bukan meleret – dan ia biasa berlaku jika pelakon kreatif beraksi. Saya hilang kiraan babak bila Vanida dan Hans bergantungan disinar bulan - menjadikan ia dua kali romantik. Tiada celanya? Kritikal saya mahukan dialog yang lebih pendek, dan bukan melebihi 10 patah disebut laju-laju dan menapisi slapstik jika ada. Kareografi okay walau dicabar babak dengan lebih 20 penari, dibuat tempo pantas selari mood tapi ada juga boleh dipersoal. Tata cahaya kadang-kadang tersasar, dan alangkah indahnya kalau tatamuziknya lebih baik dari yang sudah baik malam ini. Hon sederhana dan pekik kota jika ditambah jadi bagaimana ya?
Amanat saya, jika tiket sudah habis pergi curi atau apa saja kerana ia berbaloi (err, terima kasih Hot FM!). Orang KL kena menikmati hiburan sekitar, selain berada di depan tv atau mamak di malam hari. Malam ini saya dihiburkan, dan saya terhibur. Saya sungguh sungguh terhibur!

Labels: , ,

posted by hafezinisme @ 9:55 AM  
anything FT. everything FT!


Name: hafezinisme
Home: putrajaya PLapan
About Me: hafezin@gmail.com
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links
Free Blogger Templates