Dibawa orang si pohon Serai Dari Labuan ke Ibukota, Majlis dirai tersipu Mempelai Doa kami ke akhir Usia
Dipisahkan laut, dijarakkan tempat, tapi Jodoh masih kerja Tuhan. Teman baik, En Mali warga asli Ampang dengan latar St. John, dipaut hati oleh gadis manis dari wilayah jauh Labuan baru-baru ini. Rupanya kota Kuala Lumpur ini memang kota jodoh, agaknya...
Kata orang, tinggi hajat tinggilah ujiannya. Tiga hari Aidilfitri berlalu, sekeluarga terbang dari Semenanjung, dan dari Labuan mereka berbot ke Pulau Penyu, meredah ombak sambil menghirup bayu China Selatan yang damai dalam percik buih bermutiara. Indah!
Saya cuma berkesempatan ke majlis sebelah lelaki baru-baru ini. Kelakar juga bila dicerita pengapit setia En Puwe bahawa saat bertandang semua tetamu sudah pulang. Rupanya budaya setempat makan awal pagi hari, dan bukan seperti Semenanjung menjelang Zuhur!
{Ucapkata} Tahniah Kawan, dan Kekalkan Persaudaraan Semenanjung-Labuan!
Labels: culture, labuan, people |